Tuesday, November 17, 2009

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDETA ZA’BA


Pusat Sumber Sekolah telah diwujudkan seiring dengan operasi SMK Lukut di bangunannya sendiri iaitu di KM-11 Jalan Seremban, Port Dickson, Negeri Sembilan setelah menumpang buat sementara waktu di SMK Raja Jumaat. Pusat Sumber Sekolah SMK Lukut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, bilik alat pandang dengar, makmal bahasa dan bilik Self Access Learning Centre (SALC). Bilik sejarah dan bilik geografi telah juga diwujudkan. Pada tahun 2002 makmal komputer telah dilengkapi dengan kemudahan komputer selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan generasi literasi komputer. Kemudahan-kemudahan lain seperti pencetak dan internet turut disediakan. Pusat Sumber Sekolah SMK Lukut turut melakar sejarah apabila Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah SMK Lukut telah berjaya dilaksanakan pada 15 Ogos 2008. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Shamshulkahar B Mohd Deli PMC, PJK Adun Serting, Negeri Sembilan merangkap Exco Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus. Rentetan itu, Pusat Sumber Sekolah SMK Lukut dikenali sebagai Pusat Sumber Pendeta Za’ba.

MISI,VISI DAN MOTO SEKOLAH & PSS


Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Moto Sekolah

Berilmu Berakhlak Berbakti

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

MOTO PUSAT SUMBER SEKOLAH PSS

Nadi Pendidikan Bestari

ANALISA PENCAPAIAN NILAM TAHAP RAKAN MEMBACA

Sila klik pada imej untuk
paparan yang lebih jelas.

ANALISA PENCAPAIAN NILAM TAHAP JAUHARI

Sila klik pada imej untuk
paparan yang lebih jelas.


Sila klik pada imej untuk
paparan yang lebih jelas.


Sila klik pada imej untuk
paparan yang lebih jelas.