Wednesday, November 18, 2009

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SMK LUKUT


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Blog Pusat Sumber Pendeta Za'ba, SMK Lukut. Sesungguhnya, penghasilan blog ini memerlukan komitmen yang tinggi, pemikiran yang kreatif dan kritis bersama budaya kerja yang cemerlang. Blog ini bertujuan bagi mencatatkan segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Sumber Pendeta Za'ba sepanjang tahun yang boleh dijadikan penanda aras untuk penilaian dan kejayaan sekolah. Di samping itu, blog ini turut memaparkan kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber Pendeta Za'ba. Akhir kata, saya amat berharap agar seluruh warga SMK Lukut akan terus mencorak kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan menyemai keindahan budi serta akhlak mulia dalam kalangan pelajarnya.
Sekian, Terima Kasih.
Pn. Hajah Hamidah Bt. Burok
Pengetua Cemerlang SMK Lukut